Thursday, February 01, 2007

Kenyataan Tun yang digelapkan akhbar-akhbar tempatan

Semalam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah memanggil satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya bagi memberi taklimat tentang penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur yang akan dilancarkan sempena Persidangan Jenayah Perang anjuran Pertubuhan Keamanan Sejagat Perdana pimpinan beliau.


Akhbar-akhbar tempatan ada yang memberi ruang berkenaan sidang akhbar Tun ini tetapi bahagian terakhir sidang tersebut yang menyentuh isu-isu politik semasa nampaknya tidak mendapat tempat walaupun yang bertanyakan Tun soalan itu termasuklah wartawan tempatan.

Tun telah menyentuh isu Batu Talam, isu VW dan Proton, isu pembelian A319 untuk kegunaan PM dan lain-lain.



WTV8 Saluran Alternatif Anda di http://wtv8.tv/ yang turut berada di Putrajaya semalam membawa sedutan bahagian akhir sidang akhbar yang sensasi itu yang digelapkan oleh saluran media perdana tempatan.

No comments: