Thursday, February 08, 2007

Pengamatan Tuan Guru terhadap
Persidangan Jenayah Perang KL 2007

Sahabat saya Sdr Annual Bakhri Haron yang juga Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Kelantan memaklumkan bahawa Tuan Guru MB telah mengirim kawat tahniah kepada Tun Dr Mahathir di atas kejayaan menganjurkan Persidangan Anti Perang yang berakhir di KL semalam.




Harakahdialy melaporkan:

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tidak salah lagi Bush, Blair dan sekutunya dihukum melalui satu tribunal.

Mereka wajib menanggung malu dilabelkan melalui catatan dalam buku-buku sejarah sebagai pembunuh kanak-kanak, pembohong dan pengganas nombor satu dunia.

Dalam hal ini, entah bagaimana hati saya masih terasa Tun sebagai pemimpin di dunia sebelah sini. Saya tidak nampak seorang pun pemimpin dalam kabinet Malaysia bersedia berdiri tegak menyatakan pendirian walaupun di atas platform OIC atau Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, katanya.

Saya sungguh tertarik dengan penelitian Tuan Guru yang jelas begitu masak dalam sepak-terajang politik tanahair. Tanpa mahu menyinggung mana-mana pihak, saya terpaksa mengakui bahawa persidangan tiga hari di PWTC itu telah memberikan impak yang besar khasnya dalam menyuarakan masalah dan rintihan mangsa-mangsa perang dunia termasuklah di Iraq, Afghanistan, Lubnan dan lain-lain.


Pencapaian Perdana Global Peace Organaisation ini dalam persidangan 3 hari tersebut dengan mengundang mangsa-mangsa perang negara berkenaan, wakil dan pakar antarabangsa, jelas begitu besar sumbangannya terhadap keamanan dunia berbanding 3 tahun Malaysia dikepalai oleh Pengerusi OIC yang membisu seribu bahasa!

Kata Tuan Guru lagi:

Walaupun saya mungkin mempunyai pandangan dan kesimpulan yang berlainan di atas layanan Tun dalam sesetengah isu setempat di Malaysia, tetapi saya masih boleh berkongsi kegembiraan kerana di atas titik ini.

Walaupun di mana, kita perlu lihat mana-mana pihak yang zalim itu sebagai common enemy. Bush dan Blair perlu dilabelkan sebagai pembunuh kanak-kanak, penjenayah perang dan pembohong, tambahnya.

Menurutnya juga, PAS sependapat dengan Dr Mahathir di atas perkara-perkara yang boleh dipersetujui bersama dalam isu keganasan global didalangi Barat

No comments: