Tuesday, March 06, 2007

Biarlah keadilan itu dilihat terlaksana

Bernama melaporkan bahawa Perdana Menteri Dollah Badawi berkata sesiapa sahaja yang disiasat dalam kes rasuah tidak perlu melepaskan jawatan yang mereka sandang.

Menurut Bernama lagi:

Sejak dulupun, kita tak semestinya suruh lepas jawatan,kata Abdullah kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah Bank Negara di sini Selasa.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa diminta mengulas sama ada wajar atau tidak seseorang penjawat awam yang sedang disiasat atas dakwaan kes rasuah melepaskan jawatan dalam kerajaan.Perdana Menteri berkata selagi tidak ada bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu, seseorang kakitangan awam tidak perlu diminta berbuat demikian.

Beliau berkata demikian ketika diminta megulas dakwaan rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Mohamed Johari Baharom. Mungkin bagi jawatan-jawatan lain seseorang itu tidak perlu melepaskan jawatannya, tetapi dalam hal Johari beliau menguruskan sebuah kementerian yang terlibat dalam Keselamatn Dalam Negeri yang menterinya adalah Perdana Mneteri sendiri.

Inilah kementerian yang terlibat menguruskan hal ehwal berkenaan keselamatan dalam negeri termasuklah sebagaimana terkandung dalam objejktifnya:

Memelihara, mengekal dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam
Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan ketenteraman awam dan keselamatan negara;
Memastikan pelaksanaan hukuman dan penahanan yang selamat terhadap pesalah

Dalam hal ini saya meraskan untu menjamin yang pihak polis serta BPR dapat menyiasat dakwaan terhadap Johari maka lebih baiklah beliau diberikan cuti dan tidak menjalankan tugas rasminya sebagai Timbalan Menteri buat sementara waktu.

Jika tidak kita akan menjadi bahan gelak ketawa dunia kerana kononnya mengharapkan hulubalang menyaisat salah laku seorang raja sedangkan raja tadi masih bersemayam di atas takhtanya!

Perdana Menteri selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri perlu memberikan cuti kepada Timbalannya jika tidak PM sendiri akan dilihat seolah sengaja membiarkan perkara ini dalam keadaan demikian, atau mungkin juga bersubahat dan terlibat.

Justice must not only be done but be seen to be done.
Keadilan perlu bukan hanya dilaksanakan tetapi dilihat dalam perlaksanaannya

No comments: