Friday, March 09, 2007

Inilah Perdana Menteri kita

Lanjutan isu pengeluaran import permit kereta atau AP yang dikatakan telah menjejas industri kereta tempatan, kerajaan BN telah memperkenalakan Dasar Otomatif Negara, yang antara lain telah membekukan pengeluaran AP terutama bagi kereta bertala.



Tetapi dalam akhbar-akhbar tempatan semalam kita dimaklumkan bahawa sebanyak 3,000 AP baru telah pun dikeluarkan baru-baru ini.

Menurut laporan Jawatankuasa Khas Kabinet berkenaan AP yang dipengerusikan TPM Najib Tun Razak telah memberikan kelulusan demikian untuk mengimpot kereta bertala (tuned up cars) berjenama Wald ke dalam negara.

Jawanakuasa ini kini memegang kuasa mengeluarkan AP yang sebelum ini diletakkan di bawah MITI.

Adakah dasar ini sekarang telah dipinda atau bagaimana?


Lalu semalam para wartawan telah bertanyakan perkara ini kepada PM yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dama Negeri. Kata Pak Lah:

Pengeluaran 3,000 AP kereta bertala kepada syarikat Wald oleh Jawatankuasa Khas Kabinet baru-baru ini dibuat atas keperluan tertentu. (Utusan Malaysia)

Ini membawa maksud bahawa kerajaan telah memberikan pengecualian dalam kes ini atas sebaba keperluan tertentu (yang PM mungkin tidak mahu berkongsi dengan pemeberita atau mungkin juga PM sendiri tidak tahu apakah keperluan itu)

The PM said the decision made by the committee MUST HAVE BEEN for special reasons. (The Star)
(Kata PM keputusan jawatankuasa itu BERKEMUNGKINAN dibuat atas sebab-sebab tertentu)

Laporan The Star ini menunjukkan kepada kita bahawa kerana PM menggunakan ayat MUST HAVE BEEN maka sahlah PM tidak tahu-menahu apakah sebabnya kecuali menganggap BERKEMUNGKINAN ianya dibuat atas sebab-sebab tertentu.

MAYBE it was given based on special reasons by the committee. (The Sun)
(MUNGKIN ianya diberi atas sebab tertentu oleh jawatankuasa itu)

The Sun kelihatan sama memperteguhkan hujah The Star bahawa PM telah menggunakan istilah MUNGKIN sekaligus membuktikan memang beliau tidak tahu-menahu.

Kesimpulannya tindakan jawatankuasa ini tidak sampai kepengetahuan PM kerana itulah isitlah MUST HAVE BEEN dan MAYBE digunakan oleh The Star dan The Sun walaupun Utusan cuba untuk mengambarkan seolah PM tahu segala-galanya.
Soalnya siapakah yang IN CONTROL sebenanrnya hari ini?

Menurut Dasar Otomotif Negara AP untuk kereta bertala tidak lagi dibenarkan namun TPM dan jawatakuasanya tanpa pengetahuan PM meluluskan juga sebanyak 3,000 unit, satu angka yang agak besar.

Berdasarkan perkembangan ini jelaslah PM kita tidak lagi HANDS ON tidak lagi memimpin negara ini kecuali atas perkara-perkara yang perlu. Orang kanannya iaitu Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang berjaya menghalang kebangkitan Tun Dr Mahathir di Kubang Pasu kini disiasat oleh pihak BPR manakala Ketua Pengarah BPR yang berada di bawah kawalannya pula kini disiasat oleh pihak polis.

Adakah ini petunjuk kepada rakyat bahawa masanya sudah tiba untuk kita bersedia membawa masuk PM dan kerajaan baru menjelang pilihnaraya umum nanti?

No comments: