Sunday, March 11, 2007

Konflik Dollah dan Najib sudah bermula

Apabila ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa samada disedari ataupun tidak sejak akhir-akhir ini hubungan antara PM dan TPM agak renggang, saya agak skeptikal. Kurang percaya, kurang yakin. Takkanlah renggang lagi hubungan antara PM dan TPM BN. Dulu Dr Mahathir dan Musa renggang, kemudian Dr Mahathir dengan DSAI juga renggang, takkanlah Dollah dan Najib pun renggang juga?

Tetapi apabila melihatkan beberapa insiden sejak kebelakangan ini saya mula berfikir semula dan hari ini membaca akhbar tempatan keyakinan saya semakin terbina bahawa sah, kerenggangan itu memang ada, dan mungkin semakin runcing dari hari ke hari.

Kalau kita masih ingat hari Jumaat lepas saya memetik kenyataan PM Dollah Badawi yang berbunyi:

The PM said the decision made by the committee MUST HAVE BEEN for special reasons. (The Star)
(Kata PM keputusan jawatankuasa itu BERKEMUNGKINAN dibuat atas sebab-sebab tertentu)


Ianya merujuk kepada pendedahan media bahawa Jawatankuasa Khas Kabinet berkenaan AP yang dipengerusikan Najib Tun Razak telah mengeluarkan 3,000 AP (permit impot) kereta bertala (tuned-cars) baru-baru ini sedangkan Dasar Otomotif Negara melarang pengeluaran AP jenis ini.

Dari kenyataan PM ini jelas seolah beliau mengesahkan memang jawatankuasa berkenaan telah mengeluarkan AP yang dimaksudkan, cuma beliau kelihatan macam tidak bermaklumat lalu membuat andaian kemungkinan kelulusan itu diberikan atas sebab-sebab tertentu.

(PM mesti kelihatan sentiasa bermaklumat tentang perkembangan dalam kerajaannya, jika tidak, ia nanti dianggap PM yang lemah)

Dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini dipaparkan tajuk:

Tidak ada AP baru Najib

Menurut laporannya:

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan kerajaan tidak pernah mengeluarkan permit import (AP) baru kereta selepas ia dibekukan pada tahun lalu sekali gus menafikan laporan yang mendakwa 3,000 AP telah dikeluarkan kepada 150 syarikat baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, kelulusan pemberian AP itu sebenarnya telah dibuat sebelum pembekuan tersebut selepas mengambil kira masalah dihadapi oleh mereka yang terbabit berikutan kereta-kereta import sudah pun berada di pelabuhan.

Dollah selaku PM mengatakan:

MAYBE it was given based on special reasons by the committee. (The Sun)(MUNGKIN ianya diberi atas sebab tertentu oleh jawatankuasa itu)

Dan kenyataan Najib hari ini sekaligus membuktikan yang andaian dan telahan PM itu tidak berasas, mungkin juga maklumat palsu. AP dimaksudkan diluluskan sebelum pembekuan, sepatutnya PM tahu tetapi sah tak tahu kerana kenyataan beliau dibuat seolah kelulusan itu dibuat selepas pembekuan.

Ada yang mengatakan isu ini dibangkitkan untuk menyerang kredibiliti Najib, tetapi ternyata tidak kukuh. Lalu kini yang terserang adalah kewibawaaan dan kredibiliti PM sendiri!

Bagi saya peperangan dalam kelambu Umno sudah mulai hangat, tidak tahulah siapa yang akan menerima nasib umpama Musa Hitam dan DSAI dahulu. Kalau sebelum-sebelum ini mangsanya TPM mungkinkah kali in yang tersungkur PM pula?

No comments: