Monday, March 05, 2007

Pakar putar dari Terengganu

Salah satu kepakaran pemimpin Umno dalam berhadapan dengan seteru politiknya PAS adalah memutar kenyataan, Umno memang kaya dengan SPIN DOCTORS.

Salah seorag doktor itu adalah MB Terengganu Idris Jusoh. Dalam Utusan Malaysia hari ini Idris menyarankan PAS agar tidak bertanding jika (PAS anggap) pilihnaraya tidak relevan. Kata beliau:

Kalau pilihanraya sudah tidak relevan lagi bagi PAS serah sahajalah kepada BN dan PAS tidak perlu susah-susah mengadakan ceramah di sana-sini.

Soalnya siapakah pemimpin PAS yang menyatakan bahawa pilihanraya sudah tidak relevan lagi? Pilihanraya Kecil Batu Talam diboikot atas asas PAS dan rakan-rakan parti pembangkang lain mahu menghantar mesej kepada SPR dan kerajaan bahawa proses pilihnaraya yang ada perlu diperbaiki dan dipulihkan.

Jika PAS menganggap pilihanraya tidak relevan Pas bukan hanya ia tidak harus bertanding malah perlu dibubarkan, tetapi soalnya benarkah anggapan Idris itu?

Malulah bagi seorang Ketua Perhubungan parti terkuat di Terengganu pada hari ini untuk minta parti pembangkang menyerah kalah begitu sahaja.

Disebalik kerja-kerja putar Idris itu, realitinya rakyat Terengganu hari ini sudah mula beransur sedar dari lena igauan mereka. 2004 lalu atas gemersik syahdu lagu-lagu pembangunan yang dimainkan oleh Idris dan rakan-rakannya, rakyat Terengganu asyik dan hanyut dibuai janji-janji indah ketika itu. Hari ini mereka mula tersentak dari tidur masing-masing kini sedar bahawa lagu-lagu itu sebenarnya sekadar halwa telinga, merdu, syahdu, malangnya tangan mereka rupanya kosong dan begitu juga perut mereka.

Maksiat semakin berleluasa, rakyat susah terus susah, yang mewah dan senang cuma sekelompok kecil termasuklah mereka yang dari luar Terengganu.

Kerana itulah barangkali Idris merayu berilah beliau menang percuma, kerana kalau bertanding dalam pilihnaraya nanti belum tentu beliau akan kekal berkuasa kali ini!

No comments: