Sunday, April 08, 2007

Tan Kee Kwong mohon maaf

Akhirnya Pengerusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan yang jua ahli Parlimen Segambut Dr Tan Kee Kwong memohon maaf berikutan kenyataannya meminta Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dipecat pada sidang akhbar semasa konvensyen Gerakan Wilayah Persekutuan di sini Ahad lepas.

Dalam sidang akhbar terbarunya beliau berkata:

Saya dengan rendah hati dan ikhlas memohon maaf atas kenyataan itu.

Saya kira kita boleh menerima permohonan maaf beliau itu tetapi sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili hampir 20,000 pengundi Islam (Segambut pada PRU 2004 mempunyai 57,349 pengundi dengan 35% darinya pengundi Melayu) Dr Tan perlulah memikul pertanggungjawaban kerana walaupun beliau menyatakan beliau tidak berniat menghina Islam dan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam negeri itu namun pendirian peribadi beliau itu tidak ditarik balik bermakna beliau masih memegang pandangan yang sama.

Jika demikianlah sikap dan pandangan peribadi beliau maka sewajarnyalah beliau diberi pengajaran oleh para pengundi Melayu yang sensitif dan prihatin dalam PRU akan datang nanti. Kita tidak memerlukan seorang wakil yang ekstrimis, cauvinis dan tidak rela menerima hakikat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

No comments: