Monday, June 04, 2007

Jangan guna sekolah untuk berpolitik (kecuali BN)

Sejak bilakah anda pernah mendengar yang sekolah-sekolah kebangsaan milik kerajaan digunakan untuk aktiviti parti selain parti kerajaan? Malahan di Kelantan semua sekolah-sekolah kebangsaan milik kerajaan Persekutuan secara terang-terangan digunakan untuk aktiviti dan program-program Umno.

Tiba-tiba dalam THE STAR hari iniTimbalan Menteri Pelajaran Noh Omar (yang adiknya Jusnaidi 36, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kelmarin atas tuduhan mengedar ganja dan syabu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei lalu) di bawah tajuk:

Noh: Dont use schools for political purpose

Noh: jangan gunakan sekolah-sekolah bagi tujuan politik

Noh memberi amaran kepada guru-guru agar jangan mengunakan sekolah masing-masing bagi tujuan politik memandangkan pilihanraya umum sudah semakin hampir. Menurutnya beliau menerima laporan yang terdapat guru-guru yang menyalah-gunakan kemudahan sekolah untuk agenda politik masing-masing termasuklah mencetak risalah politik.

Saya yakin amaran Noh ini ditujukan barangkali kepada guru-guru yang berlainan aliran politik dengan beliau. Sedangkan guru-guru yang cenderung kepada Umnos ecara terang-terangan mengunakan bukan hanya kemudahan dan bangunan sekolah malah waktu kerja pun dikorbankan untuk kerja-kerja politik masing-masing.

Tanyalah orang Kuala Selangor berkenaan rekod Cikgu Parthiban dan Cikgu Thiru, masing-masing orang kuat MIC!

Noh jelas DOUBLE STANDARD dalam hal ini. Umno mudah sahaja mengunakan bangunan sekolah untuk program mereka dan Noh tidak pernah pula bising-bising. Kalau benar sekolah perlu bebas daris sebarang unsur politik maka amaran ini perlu merata bukan sekadar kepada yang pro pembangkang malah yang Umno dan BN juga perlu diberi amaran. Barulah adil dan saksamanya wahai Timbalan Menteri yang bijaksana.

No comments: