Tuesday, June 05, 2007

Terima kasihhhhhh

Saya tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa saya meminati lagu-lagu Alleycats (sebagaimana Hj Ben tahu ada yang meminati DJ Dave). Pasangan adik-beradik India David, 57 dan Loganathan Arumugam 54, telah mewarnai dunia muzik Malaysia sejak lebih 30 tahun kebelakangan dengan lagu-lagu Melayu mereka yang merdu dan popular.

Gaya mereka yang bersahaja dengan rambut Afro akan terus terlekat dalam memori rakyat Malaysia.





Kumpulan ini berjaya melontarkan diri sebagai kumpulan evergreen yang popular khasnya melalui lagu-lagu komposer M.Nasir.

Kalau berbanding dengan artis-artis Melayu yang popular saya rasa Alleycats jauh lebih baik kerana mereka tidak pernah mencetuskan kontroversial, tidak terlibat dengan dadah, skandal seks dan aksi-aksi melampau dan lucah.

Semalam Loga, meninggal dunia kerana serangan barah paru-paru di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang. Malaysia kehilangan seorang artis yang berbakat, sayang semasa hidupnya tidak ada mana-mana pihak yang mengambil berat untuk memberikan pingat anugerah bagi mengiktiraf jasa beliau dan abangnya

No comments: