Thursday, June 14, 2007

Zaman Islam Hadhari:
Ada peraturan tetapi tiada kuatkuasa

Baru semalam kita dengar PM menyebut berkenaan gandingan ulama dan umara dalam pentadbiran kerajaan, dan hari ini kita mahu melihat apakah agaknya reaksi kerajaan ulama dan umarak ini terhadap isu yang kebetulan timbul yang membabitkan kelangsungan keputusan kedua pihak.

Ianya mungkin isu kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia telah mendiorong dua orang mufti untuk memberikan reaksi, lalu pasti ianya bukan perkara yang seharusnya dipandangan kecil.
Pelakon terkenal Sharifah Amani Syed Zainal Rashid yang gemerlapan bintangnya melalui filem-filem Sepet, Gubra dan Muhsin arahan Yasmin Ahmad, kini dihantui kontroversi apabila bertindak membotakkan kepalanya bagi menghayati watak lakonan terbarunya sebagai Rohani dalam filem Yasmin juga berjudul Muallaf.


Dalam filem tersebut, Amani melakonkan watak perempuan liar yang berkenalan dengan rakan sekolah bukan Muslim, Brian (lakonan pelakon baru Brian Yap). Dan Amani dikatakan menerima hampir RM40,000 bayaran untuk watak ini.

Dalam NST hari ini Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes menegaskan adalah haram hukumnya bagi wanita Muslim untuk mencukur botak kepalanya sebagaimana dilakukan oleh Amani itu. Manakala Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pula menyebut bahawa sebagai seorang Muslim kita tidak seharus mengorbankan agama kita semata-mata kerana mahu mengejar populariti.

Saya secara peribadi melihat Amani memang seorang pelakon yang berbakat dan mempunyai potensi untuk berjaya, tetapi saya yakin beliau kurang mendapat bimbingan dan nasihat agama. Saya yakin kiranya beliau menerima pendedahan dan asuhan sebenar khususnya berkenaan adab dan akhlak Islam, mungkin beliau boleh berubah.

Soalnya siapakah yang mampu mendekati dan menawarkan beliau khidmat itu?

Dalam NST hari ini juga Ketua Pengarah JAKIM menyatakan bahwa JAKIM telah pun menyediakan garis-panduan untuk para artis Muslim di Malaysia. Tetapi tambah beliau JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya. Ini bermakna garis-panduan tadi cuma tinggal garis-poanduan sahaja.

Mungkin kumpulan Islam dan NGO boleh mengambil insiatif dalam hal ini. Jangan sampai kita didahului oleh kumpulan yang keliru dan songsang yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana.

No comments: