Wednesday, July 11, 2007

PM yang tidak tahu

Dalam akhbar semalam, apabila PM Dollah Badawi ditanya para wartawan berkenaan bagaimana boleh berlaku begitu banyak kes murtad sejak kebelakangan ini, Dollah menjawab beliau juga tidak tahu dan mahu pihak berkuasa agama mengkaji punca-puncanya.

Bagi sesetengah pihak mungkin jawapan PM itu satu jawapan yang jujur (ketiak itu Dr Abdullah Mohd Zin, Menteri di JPM berada di sebelah beliau), sesuatu yang lumrah dari Dollah. Tetapi Dollah bukannya orang kebanyakan seperti kita, Dollah adalah Perdana Menteri Malaysia sebuah negara model, sebuah negara yang bakal mengecapi status negara maju 13 tahun lagi. Pasti janggal jika PM Malaysia (bukan Timor Leste atau Nepal) memberikan jawapan sedemikian.







Itu baru peningkatan kes murtad, bagaimana pula kes-kes lain yang lebih berat termasuklah rasuah, jenayah berat umpama rogol, bunuh, rompak dan lain-lain. Apa agaknya reaksi Dollah?

Di Dewan Rakyat, semalam, Dollah melalui jawapan bertulisnya selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri memaklumkan yang indeks jenayah negara meningkat 8.7% bagi tempoh 5 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Iaitu peningkatan 7,006 kes, tahun 2006 berlaku 80,576 kes dalam tempoh berkenaan manakalan dalam tempoh itu tahun ini 87,582 kes!



Mujurlah jawapan yang diberikan adalah jawapan bertulis, kerana saya pasti jika Dollah berada di dewan semalam pasti beliau akan ditanya wartawan mengapa berlaku peningkatan besar dalam kes jenayah dalam negara ini, dan cuba teka apa reaksi Dollah?



Mungkinkah beliau akan berkata, saya tidak tahu tetapi saya akan arahkan pihak Polis untuk mengkaji punca-puncanya.



Mungkin?

No comments: