Monday, August 06, 2007

Apabila Naib Canselor kena BOO
Mahasiswa kita di IPTA dan IPTS sering dikatakan lesu dan tidak bermaya. Puncanya kerana sikap aktivisma mereka dikatakan dibendung, diganggu dan disekat oleh berbagai peraturan dan undang-undang yang akhirnya melahirkan satu kelompok robot yang berada di menara gading semata-mata untuk mengejar segulung ijazah. Tidak seperti senior mereka pada tahun 6oan hingga awal 80an yang peka dan memperjuangkan isu-isu masyarakat, langkah mereka hari ini terbatas dan sering dipantau.

Rupanya sekatan ini membakar hangat di dalam dada mereka sehingga apabila terbit peluang untuk meluahkannya, mereka berani ke depan dan memuntahkan rungutan mereka itu secara terbuka.


Itulah yang berlaku semalam sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar kali I yang diadakan di KL semalam. Ketika sessi dailog bersama Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Rafiah Salim, para peserta telah menyorak dan BOO kan beliau apabila beliau mengatakan yang para pelajar di IPTA memiliki kebebsan untuk menyuarakan pandangan dan idea mereka. Beliau sebelum itu mengatakan soal pelajar tidak berhak menyuarakan pandangan mereka tidak berbangkit.

Rafiah ternyata marah apabila menerima sorakkan sedemikian lalu beliau membentak bahawa perangai (menyorak beliua) seumpama inilah yang mengakibtakan ramai tidak menghormati anda (mahasiswa).

Demikianlah bukti betapa kroniknya tekanan yang dilakukan terhadap suara dan aktivisma pelajar. Rafiah tidak sepatutnya marah-marah kerana Sidang Kemuncak seumpama inilah sessi ataupun forum yang paling sesuai untuyk mendengar keluhan para pelajar. Siapa yang tidak pernah di BOO oleh para pelajar? Tunku, Tun Razak, Tun Hussien malah Tun Dr Mahathir pun biasa di BOO, itu merupakan senjata pelajar dan saya tahu Tunku dan Tun Dr Mahathir pun pernah melakukan demikian semasa zaman muda mereka dahulu (mungkin Rafiah tidak pernah melalui pengalaman sebegitu).

Dari kita marah-marah kerana kena BOO lebih baik kita kaji atau mungkin mengakui akan benarnya keluhan para pelajar itu. Saya ucapkan syabas kepada mereka ini dan saya berharap agar tidak ada seorang pun dari mereka yang diambil tindakan kerana jika ini berlaku terbuktilah memang kebebsan bersuara pelajar di Malaysia telah mati.


No comments: