Thursday, August 23, 2007

Pelajar UIA kesal dengan sekolah agamanya

I believe God can reveal himself in any way He desires. I believe He wants us to find Him through ways we are happy and comfortable with. I believe in the universal truth everything begins as good thing. I believe I can learn and see God in evey possible moment, the tricle of spring water, the smile of a Christian friend, the embrace of sun bear.

Saya yakin Allah akan menghadirkan diri Nya dalam apa sahaja bentuk yang Dia inginkan. Saya yakin Dia mahu kita mengenalinya melalui apa sahaja keadah yang selesa dan ceria. Saya yakin pada kebenaran sejagat yang setiap sesuatu bermula dengan kebaikan. Saya yakin saya dapat mengenali dan melihat kehadiran Allah dalam apa ketika sekalipun, dalam titisan air, senyuman rakan yang beragama Kristian, dalam dakapan mesra sun bear.




Deminkianlah hasil nukilan seorang pelajar tahun akhir jurusan biotek alamsekitar UIAM, Kuantan, adik Nurhidayati Abdul Aziz. Tulisan beliau terbit dalam akhbar sisipan The Star, Star Two semalam di bawah tajuk Learning differences di dalam ruangan Young Malaysian Stories sempena ulangtahun ke 50 Kemerdekaan Negara.

Dari lengguk tulisan dan gaya bahsa beliau, kita dapat menangkap betapa adik Nurhidayati ini seorang yang berbakat dan banyak membaca.

Walaubagaimanapun kandungan dan maksud tulisan beliau ini agak menganggu minda saya lalu saya rasa terpanggil untuk berkongsi berkenaannya di sini. Istimewanya penulis ini adalah bahawa beliau mendapat persekolahan menengahnya dari institusi pengajian agama, lebih tepat lagi sekolah menengah agama persendirian. Namun tidak terdapat ruang di dalam penulisan beliau ini untuk memberikan sebarang pujian atau sanjungan terhadap pengalaman persekolahan menengah beliau itu selain merendah dan memperlekehkannya.

Beliau menyalahkan sekolah agama sebagai punca menjadikan beliau seorang remaja yang mudah memberontak walaupun dalam keadaan senyap-senyap. Beliau yakin beliau menjadi demikian kerana di sekolahnya pelajar lelaki dan perempuan dipisahkan, TV dan radio tiada, dan sekolah tidak pernah mengadakan hubungan dengan mana-mana sekolah lain.

Hasilnya beliau kononnya tidak bersedia menghadapi dunia luar dan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Tambah belia, kini beliau tidak mengetahui berkenaan lagu-lagu dan artis pujaan terkini mungkin samada kerana perangainya yang suka mengelamun ataupun kekangan sepanjang berada di sekolah agama itu. Lagu Negara ku pun tidak dinyanyikan dan beliau diajar abahwa menyanyi itu tiada dalam agama.

Apakah begitu sekali hasil didikan sekolah agama? Setahu saya beberapa kenalan saya yang berkelulusan persekolahan agama telah berjaya di dalam hidup dan kerjaya masing-masing. Ada yang melangkah sehingga keperingkat masters dan malah Phd dari universiti di negara Barat. Jika benar sekolah menengah agama sebagaimana yang Nurhidayati gambarkan mustahil mereka dari lepasan agama dapat berjaya. Tetapi yang kita tahu dari pejuang kemerdekaan negara sehingga ke para pimpinan, cerdik pandai dan para pegawai di sektor awam dan swasta ramai dari lepasan persekolahan agama. Jangan lupa Prof Zulkifli Muhammad, Prof Ahmad Ibrahim, Prof Dr Harun Din semuanya dari persekolahan agama juga.

Sekolah agama bagi Nurhidayati seolah menutup perkembangan mindanya, tidak memberi peluang beliau bergaul dengan masyarakat majmuk dalam negara dan seolah menyekat kebebasannya. Saya tidak tahu apakah ibu-bapanya membaca tulisan beliau ini? Kerana jika sayalah bapa beliau pasti saya akan merasa kesal dan keciwa dengan beliau. Pasti seorang bapa yang menghantar anaknya ke sekolah sedemikian mahukan yang baik-baik belaka untuk anaknya itu. Dan saya yakin beliau pun tidak akan merasa melangkahkan kaki ke UIA jika tidak kerana persekolahan agamanya itu.

Kata beliau lagi:

I left school and entered a matriculation centre. I realised then how severely confused I was.

Saya meninggalkan sekolah dan menyertai Pusat Matrikulasi. Disanalah saya menyedari betapa terkelirunya saya.

Bagi saya Nurhidayati sememangnya adalah seorang remaja yang terkeliru atau CONFUSED tambahan pula dengan sifat memberontak yang ada dalam jiwanya sebagaimana diakuinya sendiri. Kekeliruannya itulah mengakibatkan beliau melihat sekolah agama lebih sebagai penjara sedangkan kebanyakan yang lain menimba nikmat dan ilmu yang berharga darinya.

To Nurhidayati: I pray that you would eventually turn out to be a successful Muslimah in whatever career you may pursue.

Truly it matters not if you listen to Linkin Park or adore Daniel Radcliffe or likes reading Morrie Schwartz, at the end of the day its the content of your character that counts. And the character of a good practising Muslim is reflected upon his or her total submission to Allas commands at all times.

No comments: