Sunday, October 07, 2007

Dollah marah-marah di Kepala Batas

PM Dollah Badawi kelihatan marah-marah di Kepala Batas tadi apabila ada wartawan yang bertanya adakah kerajaan sedang cuba mengalihkan penyiasatan (divert the investigation) apabila mensasarkan perhatian mereka terakam perakam video dan bukannya peguam yang dirakam (merujuk keapda rakam video kontroversi peguam VK Lingam).

Kata Dollah:

Masih ada siasatan lanjut mengenainya dan kita tidak septutnya membuat andaian seperti itu (BERNAMA).

Memang sejak penubuhan Panel Penyiasat bagi mengesahkan kesahihan rakam video sensasi ini, banyak pihak tidak berpuas hati. Pengerusi dan ahli-ahli panel ini sendiri mengakui yang kuasa mereka terbatas dalam menjalankan penyiasatan. Banyak pihak lebih setuju jika kerajaan menubuhkan sebuah badan penyiasat bertaraf Suruhanjaya di Raja.

Dalam Mingguan Malaysia hari ini Datuk Shaik Daud Md Ismail, bekas Hakim Mahkamah Rayuan telah berkata:

Untuk mengelakkan keraguan (berkenaan penyiasatan yang dikendalikan panel ini), lebih baik jika satu Suruhanjaya Diraja turut ditubuhkan.

Contoh yang baik , semasa kes ‘mata lebam’ (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, tiada siapa mahu bercakap. Pegawai polis yang nampak tindakan (bekas) Ketua Polis Negara pun tidak berani. Tetapi bila Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, mereka tampil dan memberikan bukti-bukti.

Malah bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dalam ruangannya dalam akhbar The Sunday Star hari ini turut mempertikaikan kesesuaian Panel Penyiasat ini dengan berkata jika benar panel ini tidak berkuasa memanggil saksi melainkan mereka yang datangs ecara sukarela sebagaimana yang dinyatakan oleh TPM Najib Tun Razak, apa gunanya panel ini (Then, of what use is the Panel of Enquiry).

Bukan hanya tokoh-tokoh besar ini, parti-parti pembangkang dan NGO termasuklah Majlis Peguam, kita melihat parti komponan BN, iaitu GERAKAN pun menuntut agar sebuah Suruhnajaya di Raja dibentuk untuk menyiasat isu ini. Gesaan GERAKAN itu datangnya dari Pemangku Presidennya Dr Koh Tsu Koon semasa berucap dalam perhimpunan parti itu di Kuala Lumpur. Beliau berkata kerajaan perlu meniliti secara serius desakan dari rakyat itu.
Oleh itu apa perlu Dollah marah-marah. Kalau benar beliau jujur dan ikhlas tidak mahu menyelindung mana-mana pihak pun, ayuh terima tuntutan rakyat agar ditubuhkan sahaja sebuah Suruhanjaya di Raja yang memiliki kuasa yang lebih efektif untuk menyiasat kes ini secara terbuka dan memberikan cadangan kepada kerajaan.
Bekas Ketua Hakim Negara bersantai bersama
VK Lingam dan isteri masing-masing

No comments: