Saturday, January 12, 2008

Apabila MB campuri urusan sekolah

Apabila isu memisahkan pelajar perempuan dan lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya muncul baru-baru ini saya percaya ramai diantara kita terutama ibu-bapa yang mempunyai anak yang bersekolah agak prihatin dan bimbang.

Isu ini dibwa kepengetahuan umum oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang juga MB Mohamad Hasan apabila dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan Rabu lepas. Kononnya apa yang diperkenalkan oleh Guru Besar sekolah tersebut adalah bertentangan dengan dasar Kementeria Pelajaran berkenaan sekolah-sekolah campuran. Sebelumnya Mohamad Hasan juga berkata ianya tidak sesuai kerana para pelajar sepatutunya digalakkan bercampur sesama mereka. Mohamada telah mendesak agar dasar yang diperkenalkan oleh Guru Besar itu segera dibatalkan





Ekoran kenyataan MB itu Pengarah Pelajar Negeri telah turun ke SMK Seremban Jaya. Beliau kemudiannya mengumumkan yang pemisahan yang diperkenalkan oleh Guru Besar itu telah dibatalkan dan malah Penolong Kanan Sekolah berkenaan (Guru Besarnya berada di Tanah Suci menunaikan Haji) telah memohon maaf kepada para pelajar dan ibu-bapa sekolah berkenaan.

Apakah rasional Guru Besar sehingga terpaksa memperkenalkan amalan berkenaan?

MB nampaknya lebih termakan rungutan sekerat dua ibu-bapa (saya difahamkan bukan Melayu) yang kononnya bimbang dengan amalan pemisahan itu seolah Sekolah Menengah Kebangsaan itu bagaikan sebuah sekolah agama. Terdorong oleh kepentingan politik maka MB terus melenting dan menggunakan kuasanya tanpa melihat dan menimbangkan rasional Guru Besar tadi.

Akhirnya atas tekanan politik dan demi kepentingan politik MB Negeri Sembilan, usaha Guru Besar itu dibatalkan begitu sahaja, dengan pihak sekolah pula dipaksa memohon maaf.

Apabila saya membaca akhabr The Star hari ini barulah nampak rasional mengapa Guru Besar, Muhammad Amir YM Shariff, terpaksa memperkenalkan dasar itu, sesuatu yang MB tersebut tidak tahu dan rasai, atau mahu ambil pusing Rupanya tindakan Guru Besar itu diambil setelah mendapat restu dari PIBG sekolah sebagaimana dinyatakan oleh akhbar berkenaan:

It is also understood that Muhammad Amir got the school’s parent-teacher association's consent to introduce the policy

Bermakna pasti Guru Besar dan PIBG telah memikirkan semasak-masaknya isu ini ebrdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah, tiba-tiba MB yang tidak tahu hujung pangkal melompat masuk mahu menjadi juara.

Menurut akhbar itu lagi tindakan Guru Besar itu diambil oleh kerana masalah disiplin yang “melampau”(overly mischievous) dikalangan pelajar-pelajar lelaki di sekolah tersebut. Adakah MB mengambil kira perkara itu?

Malah akhbar berkenaan turut melaporkan:

However, a group of girls met after school said they did not mind being segregated.

“We prefer to have an all-girl class as the male students can at times get too loud,” said one.

A parent, who only wished to be known as Jamal, said he had no problems with the school’s segregation policy. “If there was an all-girls' school nearby, I would surely have enrolled my daughter there,” he added.

Mungkin dari sudut politik, kerana mahu mengambil hati para pengundi tertentu MB telah berjaya, tetapi dari sudut masalah yang dihadapi ibu-bapa, guru dan para murid, itu tidak penting. Yang penting beliau kononnya menjadi juara dan menyelematkan system campuran yang merupakan amalan dis ekolah berkenaan.

Jika ada masalah disiplin, pelajar lelaki mengapa-apakan pelajar perempuan atau apa-apa yang seumpamanya, maka jangan nanti sekadar membuat laporan polis dan sebagainya, tetapi seret sekali MB Negeri Sembilan yang terlalu bijak itu.

No comments: