Wednesday, January 02, 2008

Jangan tutup kes Dr Chua dengan perletakkan jawatan!

Terkini. BERNAMA melaporkan yang Dr Chua Soi Lek telah mengumumkan perletakkan semua jawatannya termasuklah Menteri Kesihatan, ahli parlimen Labis dan Naib Presiden MCA pada jam 3.35 petang tadi.

Beliau difahamkan berbuat demikians ejurus selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet.

Adakah berakhir begitu sahaja episod yang melibatkan Dr Chua ini?

Setelah ditinjau lebih mendalam saya merasakan Dr Chua dalam beberapa laporan dan kenyataan ternyata perlu disiasat dan jika berasas diambil tindakan terhadapnya. Memang benar sebagai seorang non Muslim mungkin aksi ranjang beliau bersama seorang wanita misteri yang dirakamkan melalui kamera itu tidak salah.

Yang menjadi salah (pada perkiraan saya) adalah dua perkara besar yang perlu diberi perhatian oleh pihak polis:

PERTAMA:

Dalam laporan Malaysiakini, 1 Januari 4.32 petang di bawah tajuk : “Chua: Im the one in sex video", ia melaporkan:

The woman (pasangan Dr Chua) then performs ORAL SEX on the politician (Dr Chua) and this is followed by sexual intercourse on bed.

Perlakuan seks luar tabie, termasuklah “oral seks” adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Oleh itu berdasarkan bukti DVD tersebut, pihak polis mestilah menyiasat Dr Chua dan pasangannya, dan dakwa mereka di bawah peruntukkan ini kerana ternyata mereka telah melakukan kesalahan. (Daripada pihak polis menumpukan tugas pada menangkap mereka yang membuat dan mengedar DVD tersebut lebih baik bertindak pada kes ini yang jelas jatuh bawah seksyen berkenaan).

KEDUA:

Siapakah wanita misteri yang Dr Chua anggap sebagai “personal friend” itu.

Latarbelakang beliau perlu disiasat. Kalau beliau seorang pelacur mungkin khidmat seksnya dibayar, maka Dr Chua boleh didakwa kerana melanggan pelacur (juga satu kesalahan). Tetapi jika beliau bukan pelacur, jika beliau menawarkan tubuhnya untuk balasan kontrak atau bantuan kerajaan, maka satu kesalahan rasuah telah dilakukan.

Pihak polis mestilah menunut agar Dr Chua mendedahkan “personal friend” nya itu dan siasat latarbelakang serta tujuan mereka.

Dr Chua tidak boleh mencuci tangan dengan semata-mata meletakkan jawatan beliau. Jika melalui aksinya itu beliau telah melakukan kesalahan jenayah maka pihak polis perlu bertindak. Tiada istimewanya Dr Chua hatta Raja-raja Melayu pun kini boleh didakwa di mahkamah inikan pula seorang “jalang tua” seperti beliau. Saya harap pihak polis tidak mendiamkan diri.

No comments: