Thursday, January 03, 2008

Kesalahan ketiga Dr Chua

Dalam artikjel saya "Jangan tutup kes Dr Chua dengan perletakkan jawatan" , saya mengemukakan dua perkara besar yang pada perkiraan saya merupakan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh Dr Chua dan perlu disiasat. Sebenarnya ada yang KETIGA (tertinggal).

KETIGA

Dalam laporan Malaysiakini, 1 Januari 4.32 petang di bawah tajuk "Chua: Im the one in sex video" juga disebut:

The couple appears to be watching something, perhaps pornography, on the laptop during their sexual act.

Pasangan tersebut (Dr Chua dan "personal friend" nya) kelihatan sedang turut menonton sesuatu, kemungkinan filem lucah, pada komputer riba (kepunyaan "personal friend" nya) semasa melakukan hubungan seks (itu).

Bermakna berdasarkan laporan Malaysiakini itu sambil melakukan hubungan seks kedua-dua mereka menonton filem lucah. Tidakkah menonton dan memiliki filem lucah suatu kesalahan?
Oleh itu berdasarkan laporan ini pihak polis perlu segera menjalanklan siasatan, dapatkan "personal friend" tadi dan arahkan agar beliau menyerahkan filem yang ditontonnya bersama Dr Chua semasa menjalankan aksi ranjang sumbang mereka itu. (Lucu mereka menonton filem lucah sedangkan tanpa pengetahuan aksi lucah mereka pula dirakamkan dan kini ditonoton satu dunia!)

Tidak cukup dengan minta maaf dan letak jawatan, ternyata ada kes terhadap Dr Chua dan beliau juga perlu disiasat, saya harap pihak polis jangan terlepas pandang atau diarahkan lepas pandang (tutup sebelah mata).

No comments: