Wednesday, January 09, 2008

Khairy mahu Malaysia-Indonesia amalkan ISLAM MODERAT

Khairy Jamaluddin terus mendapat tempat di dada-dada media saluran perdana dalam negara ini. Ke mana sahaja beliau pergi, apa sahaja majlis yang beliau hadiri, pasti akan mendapat liputan. Dari pengamatan saya beliaulah Naib Ketua Pemuda Umno yang paling banyak mendapat liputan media dalam sejarah Umno.

Sebabnya, siapa pun boleh jawab dengan mudah, kerana Khairy menantu PM dan Presiden Umno. Memang itulah punca sebenar, kerana selain itu, tidak ada kelebihan luar biasa dalam budak mentah ini dan saya rasa saya bukan keseorangan berpandangan demikian.

Semalam beliau hadir dalam majlis Dailog Malindo 2008 iaitu antara belia Malaysia dan Indonesia yang diadakan di Shah Alam. Hampir kesmeua akhbar media perdana memberikan liputan darihal kehadiran Khairy ini dan ucapannya. Antara yang ditonjolkan Khairy melarang rakyat Malaysia dari menggunakan istilah "Indon" bagi merujuk kepada warganegara republik itu. Isitlah itu menurut beliau dianggap menjatuhkan maruah mereka.

Cuma ada satu lagi perkara yang turut disentuh Khairy yang nampaknya tidak pula ditonjolkan oleh mana-mana akhbar kecuali THE SUN. Menurut akhbar tersebut:

Khairy also said the two countries should work together to promote moderate Islamic practices. "We must practise modern Islam and show a moderate image of Islam to the world".

Khairy juga berkata bahawa kedua buah negara (Malaysia dan Indonesia) harus bekerja bersama bagi mempromosi amalan ISLAM MODERAT. "Kita mesti mengamalkan ISLAM MODEN dan tunjukkan IMEJ MODERAT itu kepada dunia".

Apakah yang beliau maksudkan sebagai ISLAM MODERAT dan ISLAM MODEN itu?

Islam setahu kita hanya satu, itulah Islam yang dibawa oleh junjugan kita Nabi Muhammmad saw. Ianya kekal dan sesuai untuk semua zaman, samada zaman moden maupun zaman batu! Mungkin ada yang ekstrim atau melampau atau sesat atau sekular, apa sahaja, jika ia bertentangan dengan Quran dan Hadis, apa sahaja bunyinya, maka ia bukanlah Islam termasuklah moderat, moden, sekular, hadhari atau apa sahaja.

Malaysia dan Indonesia sepatutnya bersatu untuk kembali kepada Islam yang sebenar yang menjanjikan rahmat untuk sekian alam.

No comments: