Wednesday, January 02, 2008

Polis - Hapuskan pengedaran DVD/VCD haram,
pedulikan DVD "Menteri Jalang"

Dalam kehangantan isu dvd lucah membabitkan menteri kabinet itu, pihak polis turut tidak ketinggalan dalam membuat kenyataan. Sebelum pengakuan Dr Chua Soi Lek, kenyataan pihak polis agak keras, kerana ketika itu kesahihan DVD itu yang giat diedarkan secara percuma dan ada yang dijual disekitar Muar dan Batu Pahat, belum dapat dipastikan. Ia mungkin sengaja diadakan untuk memburukkan imej seorang tokoh politik.

Ketua Polis Negara dan Timbalannya masing-masing membuat kenyataan. Tetapi setahu saya ketika itu malah sehingga hari ini tidak ada sesiapa termasuklah si menteri sendiri ada membuat sebarang laporan polis.

Dan semalam setelah si dajjal yang terlibat mengaku bahawa beliaulah orangnya, kenyataan pihak polis agak lunak sedikit. Penyiasatan (walaupun tiada laporan polis) akan dibuat melalui seksyen 292 Kanun Kesiksaan iaitu kerana mengedar bahan-bahan lucah dan jika sabit kesalahan boleh didenda dan dipenjara sekurang-kurangnya 3 tahun.

Siapa yang sedang disiasat tidak pula dinyatakan?

Bagi saya pihak polis tidak payahlah membuang masa dan wang rakyat menyiasat kes ini (yang tiada laporan pun dibuat). Arahkan sahaja sesiapa yang memiliki DVD "si tua" itu agar menyerahkannya (surrender) ke mana-mana balai polis yang berdekatan.

Saya kira yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara, memandangkan tidak perlu laporan polis dibuat pun polis boleh bertindak, maka lebih baiklah pihak polis membenteras pengedar-pengedar DVD dan VCD lucah yang berleluasa di seluruh negara terutama di Lembah Kelang. Pemuda-pemuda yang kebanyakkannya berbangsa Cina dengan beg atau bakul plastik lengkap dengan "walkie talkie" berkeliaran di puast-pusat orang-ramai menjaja DVD dan VCD cetak rompak (yang merugikan kerajaan dan salah disisi undang-undang) beserta yang lucah "on request" tanpa sedikit pun takut atau ambil peduli pada persekitarannya.

Dr Chua dah mengaku yang beliaulah "jalang" dalam DVD itu, jadi tarikkan terhadap DVD "si tua" itu pun sudah kurang, siapalah tergiur mahu melihat si tua bangka beraksi atas ranjang?

Beri sahaja tumpuan dan tenaga pada yang saya maksudkan ini. Bongkar dan hapuskan sama sekali "network" atau rangkaian DVD/VCD haram ini. Kerana yang kita saksikan dari hari ke hari aktivitinya semakin berani dan menjadi-jadi. Kenapa Seksyen 292 tidak digunakan sahaja terhadap musang-musang yang berkeliaran secara terang-terangan ini? Biarlah Chua Soi Lek terjun dengan labu-labunya.

(Sepatutunya pembikin DVD yang melibatkan "jalang tua" ini diberi anugerah kerana membantu menjatuhkan seorang pemimpin yang tidak bermoral - itupun kalau benar-benar jatuh)

No comments: