Saturday, March 01, 2008

Calon Rembau pembohong! Tolak BN

Antara calon BN/Umno yang paling galak dan tertonjol dalam kempen pilihan raya kali ini, mengalahkan ahli-ahli MT dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri-negeri adalah menantu Dollah, Khairy Jamaluddin. Menantu Presiden Umno ini bertanding dipaling Rembau.







Hampir setiap hari akhbar-akhbar tempatan menyiarkan berita Khairy hampir setiap hari TV menyiarkan wajah dan berita Khairy sehinggakan TV3 membawa lintas langsung kemepn beliau di Rembau. Demikianlah untungnya kalau calon itu menantu Presiden!

Semalam semasa disiarkan kempen beliau dari Rembau saya dapati jelas Khairy telah berbohong kepada mereka yang hadir dan menabur fitnah kepada kerajaan dan rakyat negeri Kelantan. Khairy ketika itu sedang memburuk-burukkan rekod 18 tahun pemerintahan PAS di Kelantan. Kata beliau tidak ada pembangunan di Kelantan, rakyat terpaksa berhijrah keluar untuk mencari rezeki dan yang paling sensasi bahawa Kelantan adalah negeri yang termiskin di Malaysia! Betulkah begitu?

Poduli apo den, yang dongar semuo tak roti apo. Mungkin begitulah anggapan Khairy.

Berikut saya siarkan statistic KEMISKINAN TEGAR di Malaysia yang diberikan oleh bapa mertua Khairy di Parlimen semasa sesi Parlimen 3 September 2007 lalu.


Yang paling ramai rakyat yang miskin tegar menurut turutan ternyata adalah Sabah, Terengganu, Perak, Sarawak dan Kedah. Kelima-lima negeri dipimpin oleh BN dan kecuali Sarawak, ketua negeri empat buah negeri itu adalah dari kalangan Umno belaka!

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong pun Khairy (nanti) boleh jadi Menteri!

No comments: