Saturday, March 08, 2008

Mampukah PRU ke 12 membawa satu kejutan buat BN?

Saya selesai mengundi pagi tadi bersama isteri. Kami berada di tempat mengundi tepat jam 8.00 pagi dan terus melaksanakan tanggungjawab kami dengan lancar. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia begitu juga hari ini.

Tengah malam tadi saya sempat menghubungi Tuan Guru Presiden PAS. Beliau ketika itu sedang meninjau-ninjau kawasannya di Parlimen Marang. Beliau bertanyakan darigal keadaan di sebelah sini. Alhamdulillah saya nyatakan lonjakkan sokongan dari pengudi Melayu dan bukan melayu nampaknya terus kekal sehingga hari terkahir ini semalam. Mudah-mudahan ianya diterjemahkan dalam bentuk undi esok (hari ini).

Beliau ternyata kedengaran yakin dan sangat mengharapkan sesuatu yang baik buat negara rakyat Malaysia.

Kiranya semua berjalan lancar kita dijangka menerima keputusan yang pertama seawal jam 7.00 petang.

Suasana sebegini mengingatkan saya kembali kepada keadaan sewaktu Pilihan Raya Umum 2004 yang lalu. Ketika itu ramai yang tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa bakal mengegarkan PAS. Apabila keputusan-keputusan mukatamad masuk, satu demi satu, kerusi-kerusi yang dimiliki PAS juga jatuh satu demi satu, termasuklah yang paling memilukan dan tidak boleh diterima oleh ramai apabila diumumkan yang PAS gagal mempertahankan kerajaan negeri Terengganu.

Suasana semakin cemas apabila berita-berita wal termasuklah dari TV3 sendiri menyatakan yang Kelantan juga telah jatuh ketangan BN. Ianya Cuma reda keesokkan harinya apabila setalh penjumlahan semula undi dilakukan dikerusi-kerusi tertentu, PAS akhirnya berjaya bertahan juga dengan kelebihan 2 kerusi.

2004 sungguh cemas dan memilukan.

Walaubagaimanapun setelah mengambil iktibar dari faktor-faktor kekalahan 2004 itu, PAS bangkit kembali dalam seribu-satu kesusahan. Menyusun kembali jentera dan terus menyuntik semangat baru kepada para ahli dan pendukung. Saya yakin banyak yang telah dipelajari dari 2004 dan banyak kelemahan-kelemahan yang telah dikenal-pasti telah diperbaiki.

Apa pun 2008 bukan 2004. 2004 lalu mungkin BN diketuai oleh seorang pemimpin baru yang kononnya bersih dan alim, lalu rakyat melupa dan mengampunkan segala kesalahan BN bawah Mahathir dan meletakkan keyakinan kepada Dollah. Kini 2008 rakyat telah kenal dengan pemimpin itu. 2008 ini rakyat sudah lihats endiri apa yang telah BN telah berikan. 2008 ini rakyat merungut dan berleter darihal kenaikkan kos hidup, isu moral, rasuah, jenayah, upah dan gaji yang kecil. Terbukti pemimpin baru ini serba lemah dan tidak bertenaga.

Oleh itu saya begitu optimis kiranya Hari Mengundi hari ini bebas dari sebarang penipuan atau manipulasi jahat mana-mana pihak, insyallah suara rakyat akan membawa kepada perubahan yang besar diperingkat kebansgaan dan negeri-negeri.

Mungkinkah Parlimen Malaysia yang ke 12 akan menyaksikan majoriti mutlak BN di Dewan Rakyat dipecahkan sehingga tidak lagi menguasai 2/3? Bolehkah PAS, DAP dan PKR memenangi lebih 74 kerusi di Parlimen? Mungkinkah PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dengan majoriti yang lebih besar dan selesa? Bolehkah Terengganu dirampas kembali? Bolehkah BA Kedah mencatat kemenangan di sana? Bolehkah Pulau Pinang dikuasai parti selain BN?

Saya tidak bersedia untuk menitiskan airmata lagi malam ini sebagaimana dititiskan pada malam keputusan Pilihan Raya 2004 lalu. Sama-samalah kita mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah swt.


Tok Guru menitiskan air mata ketika bermunajat kehadrat
Allahs wt untuk mempertahankan Kelantan, perkenankanlah
Ya Allah


No comments: