Thursday, March 06, 2008

Tebus kembali maruah kita semua

Pilihan Raya Umum kali ini dijangka adalah PRU yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. Kita bermula dengan insiden arahan mematikan setem ke atas dokumen-dokumen calon semasa Hari Penamaan Calon yang ditarik kembali oleh pihak SPR disaat-saat akhir iaitu pada hari penamaan calon itu sendiri dalam kedaan sebahagian besar calon-calon BN tidak mematuhi arahan asal.

Kemudian kita melihat dari hari pertama sehingga kini (dan diyakini akan dipertingktakan lagi malam ini dan esok) media arus perdana diperalatkan sepenuhnya untuk menyiarkan propaganda dan kempen BN tanpa memberi ruang yang munasabah kepada parti-parti lain.

Kempen-kempen undilah BN terang-terangan dipaparkan sebagai iklan di akhbar-akhbar arus perdana termasuklah radio dan TV. Begitu juga dengan billboard atau papan-papan tanda utama di sekita bandar dan pekan dan diperhentian pengangkutan awam. BN terus menggunakan bangunan dan kemudahan milik kerajaan untuk maksud kempen mereka termasuklah balai-balai raya dan kenderaan milik kerajaan.

Kemudian pihak SPR pula terus-menerus mengizinkan dirinya menjadi perkakas untuk kepentingan BN. Arahan mencalit dakwat pada jari pengundi bagi mengelakkan pengundian berulang tiba-tiba dimanushkan disaat-saat akhir dengan alasan yang tidak masuk akal.

Sementara itu kempen dan ceramah parti-parti pembangkang terus diawasi. Tahun ini menyaksikan pihak polis menguatkuasakan sepenuhnya keperluan memohon permit untuk ceramah dan kempen politik. Kempen dan ceramah yang tidak mematuhi arahan, tanpa mengambil-kira sebarang budibicara, terus diganggu dan ditamatkan.

Inilah demokrasi di Malaysia yang telah lebih 50 tahun merdeka!

Tengah malam tadi dilaporkan yang rumah Pengerusi SPR Rashid Abd Rahman disimbah dengan cat merah oleh mereka yang tidak dikenali. Rashid selaku ketua bagi badan yang septutunya bebas dan diberikan amanah menguruskan pilihan raya ini tanpa banyak usul periksa terus mengeluarkan kenyataan mendakwa insiden tersebut bermotifkan politik. Kononnya ia dilakukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan SPR kerana memansuhkan penggunaan dakwat kekal pada PRU kali ini.

Mengapa Rashid tidak serahkan kepada pihak polis sahaja? Mengapa perlu membuka mulutnya dan melemparkan tuduhan sekaligus mengesahkan bahawa beliau memang tidak tahu berlaku adil. (Biasanya rumah yang kena simbah cat merah adalah mereka yang berhutang dengan Ah Loong).

Dalam keadaan begini apakah harapan kita?

Rakyat mesti terus bersama dengan kebenaran. Kita telah lihat dengan mata kepala kita apa yang berlaku. Kita sudah merasai kesengsaraan bahana kenaikan kos hidup dan kebimbangan angkara kenaikan indek jenayah. Rasuah, salah-guna kuasa dan pembaziran terus-menerus bermaharajalela. Lantaran itu kita mesti bernai bangkit bangun dan keluar mengundi, menolak kebatilan dan kepalsuan serta mengundi yang hak dan benar.

Bersama-samalah kita memasang azam, untuk membawa perubahan ke negara kita yang tercinta ini. Kita tiada pilihan lain, insyallah 8 haribulan ini demi masa depan agama, bangsa dan negara ayuh kita tolak BN dan undi PAS, PKR atau DAP. Tebus kembali maruah kita semua.

No comments: