Wednesday, April 02, 2008

Amboi sedapnya mulut Rahman Palil

Sejurus selepas Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) berjaya menubuhkan kerajaan di negeri Selangor saya menerima panggilan telefon dari seorang kenalan yang mewakili para pegawai kanan di Pusat Zakat Selangor. Menurut pegawai tadi, mereka mengucap syukur kerana kerajaan baru yang turut dianggotai PAS terbentuk di negeri ini. Kata beliau terlalu banyak penyelewengan di PZS, dan berharap agar pimpinan PAS khasnya yang bakal dilantik menjadi EXCO Agama (semasa itu belum diumumkan lagi Dato Dr Hasan Ali sebagai EXCO nya) dapat bertemu mereka agar dapat mereka berikan taklimat terperinci.

Baru-baru ini saya difahamkan pihak-pihak tertentu telah mengesan beberapa penyelewengan yang melibatkan wang zakat dan penagihannya di Selangor. Jutaan ringgit dilaporkan tidak dapat dikesan kemana diagihkan manakala ada yang memaklumkan bahawa wang zakat untuk para pelajar di Timur Tengah dimasukkan ke akaun peribadi orang tertentu.

Semasa BN memerintah, EXCO Agama dipertanggungjawabkan kepada ADUN Sementa Rahman Palil. Mungkinkah beliau tahu darihal penyelewengan-penyelewengan ini, atau tidak tahu, atau buat-buat tidak tahu atau turut terlibat?

Dalam akhabr Sinar Harian hari ini bekas EXCO Agama ini dengan angkuh menyebut:

Mereka (kerajaan Pakatan Rakyat Selangor) hanyalah pelawak yang sedang membuat persembahan dan semua rakyat sedang terhibur dengan keletah mereka.

Biarlah jadi pelawak asal tidak penipu, pencuri wang zakat dan perompak! Sebelum ini (April 2006) saya pernah mendedahkan betapa Rahman Pali telah menggunakan kedudukan beliau sebagai ADUN untuk memohon tanah kerajaan dan mengaut keuntungan jutaan ringgit dalam sekelip mata.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1702&Itemid=82

Mana lebih baik antara pelawak dan pemnyamun. Saya harap EXCO Agama Selangor segera menyiasat penyelewengan-penyelwengan di Pusat Zakat Selangor, dan bongkarkan dalam Dewan Negeri agar Rahman memberikan penjelasan, jika cukup bukti seret segera beliau ke mahkamah, biar kita tengok siapa yang sebenarnya pelawak dan penyamun.

No comments: