Thursday, April 03, 2008

Dollah masih berkuasalah

Selasa lepas dalam satu majlis foum anjuran Kelab Maya Umno, bekas PM Tun Dr Mahathir telah menyarankan agar Presiden Umno Dollah Badawi melepaskan jawatannya sebagai PM dan Presiden Umno demi bertanggungjawab terhadap prestasi buruk BN pada PRU ke 12 lalu. Sebelum ini bekas Menteri Kewangan dan ahli parlimen Gua Musang pernah menyuarakan bahawa kehilangan majoriti 2/3 di parlimen serta 5 buah negeri meriupakan rekod terburuk buat Umno dan BN dalam sejarah. Tambah Ku Li jika demikian tidak buruk, beliau tidak tahulah apa yang sebenarnya buruk itu.

Rentetan dari desakkan itu, semua akhbar media perdana hari ini memaparkan di muka hadapan akhbar masing-masing reaksi Dollah. Kalau boleh saya petik:

Pak Lah nafi letak jawatan (BH), Abdullah nafir berundur (UM), I am not stepping down says PM (The Star), I am here..... (NST)

Beberapa akhbar memetik terus reaksi Dollah yang dilaporkan berkata:

Saya masih di sini (disebutnya sebanyak 3 kali). Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan. Kerajaan saya mendapat majoriti besar, bukan dua pertiga tetapi amat kukuh. Itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari tinggal saya punya tanggungjawab.

Siapa sangka manusia yang satu ketika dahulu merupakan pemimpin paling gagah: cemerlang, gemilang, terbilang dalam politik di Malaysia boleh hari ini membuat kenyataan yang begitu defensif dan menyasau. Saya boleh bayangkan beginilah agaknya apabila pemimpin-pemimpin dunia yang lainnya ketika berada diambang kejatuhan masing-masing.




Kenapa perlu letak jawatan?

Tidakkah Dollah lihat dan sedar akan malapetaka yang telah menggoncang Umno dan BN dalam PRU ke 12 lalu hasil kepimpinannya? Tidakkah ada sesiapa membisik ketelinganya bahawa antara lima negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat itu termasuklah negeri beliau sendiri? Dan Dollah masih lagi boleh menganggap yang BN kononnya menang besar! Mungkin rakan-rakan sekelilingnya perlu mengejutkan beliau dari lamunannya bahawa BN baru sahaja menghadapi episod paling buruk dalam sejarahnya!

Takkan saya nak lari tinggal saya punya tanggungjawab kata Dollah. Sedangkan desakan akar-umbi Umno adalah bahawa beliau seharusnya memikul tanggungjawab dengan melepaskan secara terhormat jawatannya bukannya terus kekal berkuasa. Terus kekal berkuasa bermakna beliau tidak bertanggungjawab, tidak pedulikan signal dan petunjuk yang diberikan oleh rakyat.

Begitulah Umno pasca PRU ke 12. Bahteranya teruk dan remuk dipukul ribut dan taufan. Kelasi-kelasi dan anak-anak kapalnya mabuk, sasau dan ada yang terkorban.Dari dalam pula tikus-tikus dajal sedang menebuk lubang, yang bakal memunahkannya lagi. Namun nakhodanya terus dibuai dan diulit mimpi-mimpi indah seolah bahtera itu masih kuat, gagah dan perkasa.

No comments: