Saturday, May 03, 2008

Kerajaaan Kedah keluar dari amalan buruk BN

Tidak seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang maju dan mewah, kerajaan negeri Kedah yang kini turut dikuasai Pakatan Rakyat memiliki sumber yang sangat terbatas. Kerana itu cabaran terhadap Kedah lebih besar berbanding ketiga-tiga negeri tadi dan kiranya Menteri Besar Ustaz Azizan Abd Razak dapat mentadbir negeri Utara itu dengan bijak dan berhemah, sebagaimana berjayanya Tok Guru Nik Abd Aziz di Kelantan, tidak mustahil Kedah nanti juga akan muncul sebagai negeri contoh.Berhadapan dengan realiti begitu tokoh veteran PAS itu nampaknya tidak banyak mahu membuang masa.

Baru-baru ini beliau mengumumkan yang kerajaan negeri di bawah beliau telah mengumumkan mulai tahun hadapan, semua konsesi balak akan diberikan secara tender terbuka dan tidak lagi secara rundingan sebagaimana semasa di bawah pemerintahan BN. Balak merupakan benteng terakhir sumber asli terbesar negeri tersebut.

Kiranya pengurusannya dijalankan dengan cekap, Kedah akan meraih keuntungan besar.Semasa mengumumkan ini Ustaz Azizan menyatakan bahawa akibat dari rundingan terus, kerajaan negeri telah kehilangan hasil tahunan kira-kira RM50 juta setahun! Tambah beliau kerajaan negeri sepatutunya boleh memungut hasil RM10,000 seekar (atau RM25,000 sehektar) tetapi akibat dari rundingan terus, hanya memungut antara RM500 ke RM1,000 seekar (atau RM1,250 ke RM2,500 sehektar).Di pasaran terbuka syarikat pembalakan boleh menjual sebatang balak pada harga RM3,000 tetapi Kedah hanya memperolehi hasil RM500 seekar!

Rundingan terus sepatutnya membawa hasil yang lebih lumayan kepada negeri tetapi rupa-rupanya sarat dengan penyelwengan dan amalan rasuah yang akhirnya memunahkan negeri, beitulah bijaknya BN memerintah!Syabas diucapkan kepada kerajaan negeri Kedah, jangan hanya menghentikan amalan kotor ini tetapi dedahkan juga siapa yang terlibat dan terbabit sehingga negeri boleh kehilangan hasil yang lumayan. Ini bagi memberikan pengajaran kepada rakyat betapa bahayanya negeri jika pimpinan seperti Umno dan BN terus diberi amanah.

1 comment:

Anonymous said...

Salam roslan,

saya sekadar nak tanya dan maklumkan, tak mengapa kalau komentar ini tak diluluskan.

Sekadar ingin menyampaikan pendapat, adakah harakah/media mengamalkan 'selective news reporting' seperti yang dituduh kepada main stream media.

Kerana, saya nampak isu MB Perak ditegur Sultan Perak tidak dilaporkan langsung oleh Harakah.

Tolonglah, sampaikan la berita secara ADIL, kalau selalu duk mengata UTUSAN, dll ini lah jadinya.

Kata bidalan, mengata dulang paku serpih, jangan2 diri sendiri yang lebih.....

For once i think HARAKAH and UTUSAN are the same. all RUBBISH.

Maaf jika saluran tak betul, tapi harap dapat ikhlas, jujur dalam menyampaikan berita. Kalau tak jujur n tak ikhlas, jangan nak tuduh2.

Saya masih ingat ceramah tok guru nik aziz berkenaan tuduhan BN cakap kerajaan negeri k'tan membazir, nik aziz ckp kalau persekutuan pun membazir, kerajaan negeri pun membazir, senyap2 je la..

saudara roslan mesti lebih tahu, sebab saudara lebih PAS daripada saya.

Harap maklum...

Saya tak mahu ganti kepimpinan negara daripada si penipu kepada juga si penipu. Hipokrit tahap dewa!

Maaf jika kasar, saya kecewa dengan Harakah dan PAS.

p/s: ini belum masuk bab membenarkan DAP memperkudakan PAS... dan perangai penceramah2 PAS yang kolot.