Friday, September 12, 2008

JAG serang Kedah

Siapakah JAG?

Akronim untuk sebuah badan dinamakan Joint Action Group for Gender Equality ataupun Kumpulan Bertindak untuk kesaksamaan jantina. Kumpulan ini dainggotai oleh NGO-NGO seperti berikut: Womens Aids Organaiation, All Women Action Society, Sisters in Islam dan lain-lain. Kalau ikut namanya kepentingan mereka adalah untuk memastikan dalam semua hal golongan wanita mestilah setaraf dan setanding dengan kaum lelaki.

Dalam akhbar The Star hari ini JAG mengutuk keras tindakan kerajaan negeri Kedah melarang artis wanita untuk membuat persembahan di negeri itu kecuali untuk sesama wanita. Manakala untuk persembahan terbuka mereka dikenakan beberapa syarat lain.

Menurut JAG tindakan kerajaan negeri Kedah ini bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan iaitu yang melarang diskriminasi seumpama ini. Malah tambah JAG tindakan itu juga bertentangan dengan manifesto Pakatan Rakyat yang menjanjikan sebuah negara yang lebih demokratik dan terbuka buat semua masyarakat.

Setahu saya apa yang cuba diusahakan oleh kerajaan negeri Kedah adalah untuk mengawal budaya tidak sihat dan tidak bermoral dari menimpa dan menjanghkiti masyarakat dan rakyatnya. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab, mereka cuba memperkenalkan langkah yang praktikal yang didukung pula oleh syarak. Ia bukan baru dan malah telah pun diperkenalkan di Kelantan.

Tindakan itu sekaligus bagi saya cuba membela dan mempertahankan maruah wanita. Wanita bukannya bahan tontonan untuk memuaskan nafsu dan kehendak kalum lelaki. Apakah mesej yang cuba dibawa oleh seorang artis wanita yang berpakaian seksi, menari, melompat-lompat di atas pentas di hadapan khalayak ramai? Tidakkah mereka memperalatkan tubuh mereka untuk menarik minat penonton? Tidakkah itu merendahkan martabat wanita, atau JAG tidak peduli dalam hal ini asalkan artis wanita dibenarkan membuat persembahan?

Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab mementingkan nilai moral masyarakatnya. Ini bukan soal diskriminasi jantina tetapi soal membentuk moral dan akhlak yang baik dikalangan rakyat, suatu usaha yang gagal dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan pun yang tidak menggunakan formula Islam.

Kata JAG tindakan Kedah bertentangan dengan manifesto PR, setahu saya PR tidak ada manifesto. Malah PR terbentuk selepas pilihan raya umum. Jika PAS duduk dalam PR sudah pastilah negara yang demokratik dan terbuka yang didakwa JAG itu mestilah tidak lari dan menyimpang dari tujuan dan matlamat PAS sendiri.

Saya cadangkan JAG keluar dan memberikan tumpuan kepada membela wanita-wanita yang dijadikan bahan pelepas nafsu kaum lelaki. Yang didagangkan untuk seks dan hiburan, melimpah ruah banyaknya di negeri-negeri lain. Biarkanlah Kedah berusaha memperbaiki masyarakatnya demi kepentingan semua kaum, lelaki dan wanita.

8 comments:

Ceri said...

Setuju!!!
"Wanita bukan bahan tontonan..." JAG harus tumpukan perhatian pd wanita-wanita malang di negara ni yg masih belom dibela nasib mereka...

Keprihatinan mereka amat dialu-alukan...

Anonymous said...

JAG patut mau fokus nape ramai pekerja sex yang di anayia...sis plak kena bantu RPK yang kena ISA tu kerana RPK kata tudung hanya untuk isteri nabi aje, sis pun tentu akur!

Rakyat Malaysia said...

lawan tetap lawan. jangan lupa dengar lagu dan main bola je.

Snowflake said...

Assallamualaikum
Sdr. Roslan, dua perkataan untuk JAG dari Snowflake "Boleh belah"!
Wassallam

Ted Torrence said...

Looks like you could the next victim.

You may want to consider joining the “Please ISA Me” wave (psygame playing lah) so that they will think twice before handcuffing you.

Please ISA Me
http://thexblogs.blogspot.com/

I am begging you to ISA me
http://thexstories.blogspot.com/2008/09/i-am-begging-you-to-isa-me.html

Anonymous said...

Bro Roslan,
Tak payah kasik promosi percuma kepada JAG nih ... buang masa!

Nama pertubuhan sedap tapi pendek akal!

Anonymous said...

Kedah mesti teruskan dengan agenda memerintah bersama Islam. Kelantan boleh..Kedah mesti boleh
Pulun Kedah Pulun.

Anonymous said...

sibuk pula JAG ni.masalah besar di KL yang jauh lebih kronik seperti tak nampak pula