Thursday, October 02, 2008

1 Syawal bersama kaum keluarga dikasihi

Hari ini sudah 2 Syawal, pastinya semalam semua kita mengambil peluang berhari raya bersama kaum keluarga, bersama ibu dan bapa tersayang (jika masih ada), menziarahi pusara dan seumpamanya. Masing-masing bergembira dan bermaaf-maafan.

Saya sendiri berbuat demikian dan selepas ini akan berangkat pula bertemu bapa mertua dan keluarga sebelah isteri.

Pagi semalam dimulakan dengan solat sunat Eidul Fitri di masjid-masjid atau surau-surau. Bagi mereka yang beraya di Bandar khasnya di Lembah Kelang, suasana di masjid dan surau masing-masing sudah semestinya kelihatan lebih “global”. Saudara-saudara kita dari berbagai Negara yang samada mencari rezeki di sini atau menuntut di sini memenuhi ruang masjid dan surau. Di tempat saya di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya lebih separuh dari ruang masjid di isi oleh saudara-saudara dari Negara luar terutama dari Indonesia, Bangladesh dan Negara-negera Timur Tengah dan bekas jajahan Soviet.

Sejurus selesai khutbah pagi semalam saya terus mengirimkan SMS ke Tuan Guru Presiden PAS walaupun saya tahu beliau jarang berbhubung dengan saya melaluinya. Tepat jam 8.59 pagi saya mengirim:

Asslamualaikum salam hormat dan sejahtera dari ana sekeluarga. Ampun dan maaf ana pohon kiranya ada kelemahan dan kekurangan sepanjang berkhidmat kepada Ayah Chikselaku Presiden. Semoga perjuangan kita terus dirahmati dan diberkati Allah swt. Mohon Ayah Chik doakan kebaikan buat kami sekeluarga. Selamat hari raya Eidul Fitr.

Puas hati saya setelah mengirim SMS itu kerana sekuruang-kurangnya saya tahu yang beliau telah menerimanya dan tidak pula saya mengharapkan balasan dari beliau kerana sudah pastinya beliau sibuk melayani tetamu dan saudara-mara di rumahnya.

Namun ketika saya sendiri girang bersama kaum keluarga kira-kira jam 11.15 pagi saya menerima SMS dari Tuan Guru yang sungguh pun ringkas akan tetapi begitu bermakna buat kami sekeluarga:

Salam aidilfitri juga…maaf zahir dan batin….kullu sanah waantum tayyibin…..

Ternyata Hari Raya semalam ditambahkan kegembiraannya dengan kehadiran SMS dari pemimpin yang sangat saya sayangi dan kagumi itu. Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua Maaf Zahir dan Batin.

No comments: